Wednesday, April 28, 2010

Bekau Jari Nembiak

HIDUP SEKOLAHKU


‘ Kring….kring…..’
Telefon rumahku berbunyi. Kacau betullah bisik hati kecilku. Apa tidaknya tengah felling habis tengok cerita Korea kegemaranku tiba-tiba saja telefon berdering, mana tak marah. Apasal le Alexendar Graham Bell tak cipta telefon, kalau orang on call saja terus telefon dapatkan tuannya. Ala macam kucing kalau nampak tuannya terus je pergi minta dibelai manja, baru le best kalau telefon macam tu. Nak tak nak terus aje bangun dapatkan telefon sebab tak ada orang lain kat rumah selain aku. Nak harapkan si Cuie dengan si Yus, anak buahku cakap pun masih tak betul lagi, si Cuie baru dua tahun dan si Yus baru empat tahun usianya. Kalau bab merosakkan telefon bolehlah mereka berdua tu jadi wakil yang disegani. Nakal sangat. Aku terus dapatkan telefon yang terletak di atas meja.

‘Hello.. nak cakap dengan siapa..’ soalku.
‘Hello.. nak cakap dengan Tony ..dia ada tak’ jawab suara si pemanggil. Aik… macam kenal je suara ni, aku bermonolog sendirian.
‘ Ya..sayalah Tony… boleh saya tahu awak ni siapa..’tanya ku lagi.
‘ Saya Cikgu Joseph dari SMK Medamit. Saya diarahkan oleh Cikgu Meechang untuk menelefon Tony kerana kat sini ada kekosongan guru sandaran, jadi esok Tony kenalah pergi ke sekolah untuk mendaftar ok..’ kata Cikgu Joseph.
La…patut le kenal suara tu, rupa-rupanya Cikgu Joseph bekas guruku semasa aku masih belajar kat sekolah menengah.
‘ Baiklah…terima kasih cikgu Joseph…’ jawab ku ringkas.

Teringat aku akan sekolah lamaku yang telah hampir tujuh tahun aku tinggalkan. Dalam hatiku tertanya-tanya bagaimana keadaan sekolahku sekarang, ada perubahan ke atau masih macam dulu lagi. Guru-guru yang mengajar aku dulu masih mengajar lagi kat sana ataupun sudah berpindah. Semua perkara itu berlegar dalam fikiranku, tak sabar rasanya untukku pergi ke sekolah lamaku untuk mengajar generasi pelapis bangsa yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu hari nanti. Siapa tahu, seperti kata pepatah ‘ tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

********
‘Selamat pagi cikgu….’ Ucap pelajar-pelajar tingkatan 2B.
‘ Selamat pagi murid-murid, sila duduk..’ jawabku.
‘ Terima kasih cikgu…’ucap mereka dengan penuh semangat.
Inilah kelas pertama yang aku masuki, setelah aku mendaftar dengan Cikgu Meechang pagi tadi. Aku diberi tugas untuk mengajar Geografi tingkatan 2B dengan 2D, Bahasa Melayu tingkatan 4 ST dengan 4SS1 dan Kesusasteraan Melayu 4SS2. Hari ni aku hanya berkenalan dengan budak-budak saja, sebab buku teks belum di edarkan kepada pelajar-pelajar maklumlah baru hari kedua persekolahan. Tingkatan 4 pula masih belum lagi memulakan sesi persekolahan. Masih cutilah tu.Semasa aku sekolah dulu, masa nilah paling dinanti-nantikan untuk berborak dengan kawan-kawan sekelas. Maklumlah kurang lebih dua bulan tak berjumpa dengan kawan-kawan pasti banyak cerita yang hendak di bualkan. Aku amat merindui suasana itu sekarang. Merindui gurau senda rakan sekelas. Merindui gelak tawa dan merindui pertengkaran yang membawa kepada keakraban kami semua.

*******
Selepas beberapa bulan, aku semakin selesa mengajar kerana para pelajar memberikan kerjasama yang baik walaupun bukanlah yang terbaik tapi bolehlah. Aku tengok pelajar sekarang ni tidak begitu berminat untuk belajar. Mereka lebih berminat untuk bermain samada dalam kelas apatah lagi di luar kelas. Pelajar sekarang ni macam tidak ambil peduli tentang prestasi akademik mereka. Ada sesetengah pelajar datang ke sekolah hanya sekadar mencari keseronokan yang hanya bersifat sementara. Contohnya merokok, minum minuman keras, berjudi dan sebagainya. Ada juga aku terfikir sama ada mereka ni terlebih ajar ataupun jenis yang tak makan nasihat. Yang susahnya ialah emak bapak yang terpaksa berulang alik dari kampung semata-mata untuk berjumpa dengan guru disiplin untuk membincangkan masalah anak mereka. Aku yang bersimpati melihat emak bapa diaorang yang terpaksa berkorban dari segi masa dan tenaga semata-mata untuk memastikan agar anak-anak mereka tidak melanggar peraturan lagi. Tetapi adakah mereka ni nanti menghargai pengorbanan ibu bapa mereka? Itu hanya Tuhan saja yang tahu. Desis hati kecilku. Kalaulah aku dah ada anak nanti macam manalah perangai anakku kelak.
“ Besar juga tanggungjawab sebagai emak dan bapa ni ya..” bisik hati kecilku. Mungkin itu sebabnya Cikgu Joseph ni liat sangat nak khawin. Teringat aku akan cikgu yang pernah mengajar aku dahulu, hanya Cikgu Joseph, Cikgu Razemi dan Cikgu Zainal saja yang belum berteman. Mungkin belum jumpa yang sesuai kot. Yang lain tu dah ada anak yang comel pun. Misalnya Cikgu Balkis, mula sampai kat sini dulu kalau tak silap aku Cikgu Balkis masih bujang lagi. Tapi sekarang Cikgu Balkis mempunyai keluarga yang bahagia, begitu juga Cikgu Serau. Aku doakan semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Bertuah rasanya bila dapat mengajar bersama-sama dengan bekas guru yang pernah mengajar kita dulu.
“ Terima kasih semua cikguku…” bisik hati ikhlasku.
Tapi aku tak faham perangai pelajar sekarang ni. Ada yang betul-betul minat nak belajar tapi tak ramai hanya beberapa orang sahaja. Aku harap pelajar sekarang ni belajarlah bersungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah ‘menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna’.

**************
‘Selamat Hari Guru….Cikgu Tony….’ Ucap beberapa pelajar yang melintasiku.
‘ Terima kasih…’ balasku. Rasa bangga dan terharu menyelubungi hatiku kerana dapat berjasa untuk anak bangsaku.
“ Selamat Hari Guru, cikgu. Sudilah terima hadiah daripada kami yang tak seberapa,” kata Tini dan kawan-kawannya sambil menghulurkan satu bungkusan kecil kepadaku.
“ Eh..! apa susah-susah ni Tini. Anyway…. Terima kasih kerana ingatkan cikgu,”kataku sambil menerima hadiah tersebut.
“ Terima kasih kembali, cikgu!” balas Tini dan kawa-kawannya sambil beredar.
Seronok rasanya dapat hadiah daripada anak murid sendiri. Terasa diri dihargai.
Maklumlah ini kali pertama bagiku menyambut hari guru yang tidak aku terfikir sebelum ini. Terima kasih aku ucapkan kepada bekas guruku juga yang banyak berjasa dan mendidikku sehingga aku berjaya pada dan ketika ini. Kalau tidak kerana rotan Cikgu Meechang, kalau tidak kerana rotan Cikgu Joseph dan kalau tidak kerana nasihat Cikgu Serau dan Cikgu Zainal yang merangkap guru kelasku semasa di tingkatan 5A dulu manalah aku sampai ke tahap ini. Terima kasih aku ucapkan kepada semua bekas guruku yang tidak dapat aku nyatakan disini. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian. Seronok juga dapat bersama-sama dengan bekas guruku mendidik anak bangsa sendiri. Aku fikir mengajar dulu suatu perkara yang senang dan mudah, tapi jangkaan ku meleset kerana mengajar itu bukanlah perkara yang senang dan mudah seperti yang kita jangkakan. Tapi aku tengok pelajar sekarang ni tidak boleh dimarahi ataupun di rotan, kalau di rotan terus je nak melawan. Dia orang ingat cikgu ni suka-suka je nak merotan dia orang. Pada tanggapan mereka kalau seseorang guru itu menghukum mereka, mereka anggap guru jahat dan sebagainya. Tapi pelajar tidak fikir kenapa mereka kena hukum, kenapa mereka kena denda ataupun dirotan. Kalau pelajar itu telah menbuat sesuatu kesalahan maka mereka patut menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan. Oleh sebab itu sebagai seorang pelajar kita tidak seharusnya melanggar disiplin yang berulang kali disebut dan diucapkan oleh pihak sekolah sama ada secara formal ataupun tidak formal. Aku dulu pun bukanlah pelajar yang baik dari segi disiplin tetapi atas hukuman yang dikenakan terhadapku, sama ada di rotan ataupun digantung sekolah aku tetap tidak melawan kerana aku telah membuat kesalahan dan aku harus bersedia menerima hukuman yang telah diberikan. Kalaulah aku terus dibuai kelalaian, dibuai nafsu yang jahil adakah aku berada di tahap aku sekarang? Aku amat berterima kasih kepada cikgu yang telah menyedarkan aku dari terus melalui jalan yang salah. Terima kasih cikgu.

**********
Diam tak diam dah hampir ke penghujung tahun aku mengajar. Terasa cepat sangat masa berlalu. Seolah-olah masa begitu kejam terhadap diriku yang baru nak merasai kehidupan yang sebenar. Seolah-olah masa begitu cemburu terhadap diriku yang belum lagi puas untuk mendidik anak bangsaku sendiri. Mungkin bukan rezeki aku di sini. Itulah sebab aku nak belajar balik ni, kalau setakat Diploma yang aku ada ni apalah sangat, nak cari kerja pun susah kerana orang yang ada Ijazah pun melambak-lambak sekarang ni. Perkara nilah yang aku selalu cakapkan kepada pelajar-pelajarku supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar. Berat jugalah rasa hati untuk meninggalkan sekolah yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Daripada seorang pelajar yang naïf tentang kehidupan yang kian mencabar dari hari ke hari sehingga menjadi seorang insan yang boleh membanggakan keluarga. Aku teringat pada hari terakhir aku masuk semua kelas yang aku ajar, rasa sedih juga untuk meninggalkan mereka. Aku sebak. Aku pasrah. Tapi apa boleh aku lakukan. Kalau ada pilihan memang aku ingin terus ada disini untuk menyemai budi, menabur bakti kepada generasi bangsaku. Tapi itu semua sudah takdir, yang mana setiap pertemuan semestinya diakhiri dengan perpisahan. Walaupun kadang-kala perpisahan itu amat pedih untuk kita lalui.

***********
“ Ooi….. Tony , engkau nak ikut ke tak nak …..” terdengar suara sumbang memanggil namaku yang unik. Lamunan aku terus terhenti serta merta.
“ Kacau betul…!” bisik hatiku.
Aku terus membuka pintu bilikku. Terpacak seorang jejaka yang tak seberapa handsome di depan pintu bilikku. Oh .. Cikgu Helearn rupanya.
Dia terus menyoalku “ engkau ni nak ikut kita orang pergi ke bandar ke tak nak…..!’’ soalnya lagi.
“ Mestilah nak ikut…tak kanlah aku nak tinggal sorang-sorang kat sini….gila ke…!” jawabku sambil masuk semula ke bilik untuk mengambil telefon bimbit dan dompetku.

Cikgu Helearn nilah PK HEM sekolahku sekarang. Walaupun dia garang tetapi hatinya baik. Aku harap pelajar-pelajar dapat memberikan kerjasama kepada beliau dan pihak sekolah demi meningkatkan lagi disiplin dan mutu akademik sekolah kita. Semoga sekolah kita cemerlang , gemilang dan terbilang dari segi semua aspek sama ada di peringkat Bahagian, Negeri mahupun Negara. Ia tidak mustahil jika kita semua berganding bahu untuk mencapai impian tersebut. Bak kata pepatah “ Alah Bisa, Tegal Biasa !”. Hidup….Sekolahku….!


Hasil Nukilan
AKU